FAIQ's FRIED CHICKEN
Wednesday, 16 October 2013
RUANG PARKIR KENDERAAN
Mengambilkira rungutan para pelanggan mengenai masalah untuk meletakkan kenderaan, FAIQ's sukacita memaklumkan bahawa semua pelanggan boleh meletakkan kenderaan mereka di 3 tempat utama secara PERCUMA, iaitu di :
Zon A - Di hadapan restoran. Pohon kerjasama supaya kenderaan diletakkan di dalam petak dengan betul bagi mengelakkan kesulitan kepada pengguna yang lain
Zon B - Bersebelahan restoran
Zon C - Di hadapan surau
"Kepuasan pelanggan keutamaan kami"
AKSES INTERNET PERCUMA @FAIQ's
Semua pelanggan boleh mengakses internet secara percuma sepanjang masa di restoran kami untuk mengemaskini blog, status facebook, twitter, membalas e-mel dan sebagainya.
Samada anda menunggu pesanan siap dibungkus atau sambil menikmati hidangan segar dan enak, anda pasti tidak akan terlepas peluang membaca akhbar atas talian atau membaca e-mel penting dari bos anda! (pastikan anda tidak menggunakan waktu bekerja untuk menikmati ayam goreng di FAIQ's :-)
E-mel kami jika anda menghadapi sebarang kesulitan : admin@faiqs.com.my
"Kepuasan pelanggan keutamaan kami"
Sunday, 13 October 2013
Hikmah Yang Tersembunyi Ketika Sujud…
MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
1. membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2. membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
3. melegakan sakit hernia. (burut)
4. mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
5. melegakan paru-paru daripada ketegangan.
6. mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
7. kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
8. meringankan bahagian pelvis.
9. memberi dorongan supaya mudah tidur.
10. menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
11. pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
12. bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
13. mengurangkan kegemukan.
14. pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).
15. organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
16. mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.
Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya. Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.
Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W ” Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi kebiasaan
Wednesday, 2 October 2013
Alhamdulillah, malam ini saya menyambung semula kerja-kerja penulisan di blog FAIQ's FRIED CHICKEN yang terabai sudah beberapa lama kerana kesibukan menguruskan dua kerusi empuk di dua buah syarikat, yang kadangkala cukup enak, kadangkala sangat panas untuk bertahan :-)
Insya Allah, penulisan saya di blog ini selain daripada menajamkan pemikiran sendiri, berkongsi pengalaman dan visi, selebihnya adalah untuk menyelesaikan masalah dan menambah nilai hidup manusia di sekeliling...
Insya Allah, penulisan saya di blog ini selain daripada menajamkan pemikiran sendiri, berkongsi pengalaman dan visi, selebihnya adalah untuk menyelesaikan masalah dan menambah nilai hidup manusia di sekeliling...
Thursday, 30 May 2013
AYAM GORENG & BURGER KUKUS 100% PERCUMA!
30/05/2013...Hari ke-7 FAIQ's FRIED CHICKEN mengagihkan 10 ketul Ayam Goreng dan 10 biji Burger Kukus setiap hari. Pemberian ini adalah 100% PERCUMA, tiada sebarang kos tersembunyi.
Untuk mendapatkannya, pelanggan hanya perlu menaip <AT FFC> <NAMA> <NO KP> dan menghantar SMS ke 36828. Pelanggan yang terpilih akan dimaklumkan dalam masa 24 jam tarikh & masa untuk mendapatkan menu percuma mereka.
Untuk mendapatkannya, pelanggan hanya perlu menaip <AT FFC> <NAMA> <NO KP> dan menghantar SMS ke 36828. Pelanggan yang terpilih akan dimaklumkan dalam masa 24 jam tarikh & masa untuk mendapatkan menu percuma mereka.
1st DAY BLOGGING
30/05/2013...blog untuk FAIQ's FRIED CHICKEN secara rasminya telah didaftarkan. Semoga ianya menjadi medan baru di alam siber untuk berkongsi info berguna untuk semua pelanggan kami :-)
Subscribe to:
Posts (Atom)